Rabu, 13 Januari 2010

~~KaSiH SaYanG SeSaMa SauDaRa SeAgaMa~~

" daripada abi hamzah anas bin malik radiallahuanhu daripada nabi s.a.w bahawa baginda bersabda : tidak akan sempurna iman seseorang kamu sehingga ia mencintai saudaranya sebagaimana yang ia cinta untuk dirinya sendiri "
( muttafaqun alaih)

hadis ini menerangkan bahawa agama islam amat mementingkan hubungan persaudaraan.persaudaraan yang di maksudkan BUKAN LAH SEMATA-MATA ORANG YANG ADA KAITAN KEKELUARGAAN DARAH atau KETURUNAN sahaja,bahkan ia ia juga di kaitkan dengan mereka yang seagama dengan kita iaitu AGAMA ISLAM.setiap umat islam adalah bersaudara.

dalam ikatan persaudaraan islam mestilah wujud PERASAAN KASIH MENGASIHI dan SAYANG MENYAYANG.

kasih sayang sesama insan perlu di buktikan dalam bentuk LAFAZ dan PERBUATAN.

dalam bentuk LAFAZ seperti menzahirkan

*kata-kata yang beradab penuh sopan santun dengan menggunakan perkataan yang baik seperti tidak berbahasa kasar,meninggikan suara dan bercakap lucah kepada orang lain.

dalam bentuk PERBUATAN pula

* kita hendaklah sentiasa bersedia membantu orang lain sama ada dalam keadaan senang atau pun susah tanpa mengharapkan apa2 ganjaran dan balasan.

hakikat kasih sayang ialah kita mengasihi dan menyayangi orang lain seperti mana kita mengasihi dan menyayangi diri sendiri.maknanya,seperti mana dirinya mahu di sayangi dan di hormati oleh orang lain..begitulah juga orang lain yang mahu di kasihi dan di hormati..

wallahua'lam..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan