Jumaat, 8 Januari 2010

~~~(&_&)~~~

~~tajuk pertama~~

BAYI NENEK

Seorang nenek berusia 65 tahun melahirkan seorang anak. Rakan2nya datang
berkunjung untuk
menjenguknya.

Ketika mereka ingin melihat bayi nenek tersebut.. nenek itu berkata
"Nanti dulu".

Beberapa minit kemudian mereka berkata ingin melihat bayi itu lagi.

Tetapi nenek itu tetap berkata "Nanti dulu".

Akhirnya mereka bertanya :
"Bila kami boleh melihat bayi engkau..?"

"Bila dia menangis".

"Kenapa kami harus tunggu sampai dia menangis?"

"Sebabnya aku lupa.. dimana aku letak bayiku tadi..".

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

~~tajuk kedua~~

BALIK AWAL

Suatu hari seorang ibu hairan apabila anaknya pulang awal dari sekolah
tidak seperti biasa

Ibu : "Adli kenapa kamu pulang awal hari ini sedangkan jam baru pukul
10.00 pagi.."

Adli : "oo.. tadi Adli boleh jawab soalan cikgu adli dengan tepat.. lalu
disuruh pulang..."

Ibu : "Oooo... bagus.. pandai anak ibu... apa soalan dari cikgu kamu
itu?"

Adli : "Cikgu tanya... SIAPA YANG MEMBALING KASUT KE MUKA CIKGU ?"




Tiada ulasan:

Catat Ulasan