Khamis, 18 Ogos 2011

salam ramadhan salam aidilfitri



assalamualaikum..aiseh sopan sikit..nda mau type panjang2..mau type SALAM RAMADHAN n SALAM AIDILFITRI..itu ja..thun ni alhamdulillah smpat balik juga b4 ramadhan n smbut posa pertama d rumah..walaupun pada asalnya mmg x mau balik tapi akhirnya balik juga..skrg tgh2 posa sdah..hampir2 sdah mau raya..jd selamat hari raya la..0-0 untuk suma..maaf kan salah silap..kasar bhasa..apa2 la yang berkaitan..

~~~salam ramadhan n salam aidilfitri~~~

Khamis, 23 Jun 2011

S.A.H.A.B.A.T

SAHABAT????

manusia dalam hidupnya tidak boleh lepas dari orang lain..bergaul dengan orang lain menjadi fitrah dan dasar kehidupan setiap manusia..bersahabat dengan orang lain menjdai satu keharusan untuk manusia kerana manusia tidak boleh hidup dengan diri sendiri dan tidak bergaul dengan siapa2..

apabila mempunyai sahabat atau pun menjalinkan hubungan dengan orang lain..hubungan itu bukan lah hanya semata-mata untuk mendapat kan sesuatu yang di hajati dan hanya menguntungkan diri sendiri..

tetapi !!!! ...jalinkan lah hubungan itu untuk mendapat keredhaan daripada ALLAH S.W.T...

hubungan yang di jalinkan untuk mndapaat keredhaan ALLAH i.allah akan kekal..tp jika ikatan yg d jalainkan hanya untuk menguntungkan diri sendiri tidak akan kekal...

sebagaimana yang d ungkapkan ibnul qayyim al-jauziyyah..

"sesungguhnya sesiapa saja yang senang kepadamu kerana ada nya keinginan..maka akan berpaling daripadamu jika tercapai keinginannya.."

hargailah sahabat yang kita ada...jagalah ikatan kita dengan sesiapa pun...

Diriwayatkan dari Jubair bin Muth'in..bahawasanya ia pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda..

"tidak akan masuk syurga seorang pemutus silaturrahim"

Diriwayatkan dari Abu hurairah r.a..dari Nabi s.a.w beliau bersabda..

"sesungguhnya ALLAH menciptakan makhluk..setelah Ia selesai menciptakan makhluk..silaturrahim berkata - ini adalah tempat seseorang meminta perlindungan dariMU dari perbuatan memutus silaturrahim(kekeluargaan)..ALLAH berfirman..Benar!! apakah kamu redha Aku menyambung untuk orang yang menyambungmu dan aku memutuskan untuk orang yang memutuskanmu..Silaturrahim menjawab..Tentu ya RABB !!..ALLAH berfirman..itu untukmu- "..Rasulullah s.aw bersabda " jika kalian mau maka bacalah firman ALLAH - maka apabila kiranya kamu berkuasa kamu akan membuat kerosakan di muka bumi dan memutuskan hubungan kekeluargaan"..

Diriwayatkan dari Abu Bakrah r.a..dari Nabi s.a.w...

"tidak ada satu dosapun yang lebih ALLAH cepatkan hukumannya di dunia bagi si pelaku di samping siksaan yang menunggunya di akhirat nanti selain dosa berbuat aniaya dan memutuskan tali kekeluargaan"


sahabat....terima kasih untuk semuanya
terima kasih kerana telah menjadi hakim dikala aku salah
terima kasih kerana telah menjadi bara di saat kebekuaan melanda jiwa
terima kasih kerana telah menjadi badut ketika aku dalam kesedihan dan membuat aku tertawa
TERIMA KASIH KERANA TELAH MENJADI SEBAHAGIAN DARI HIDUPKU


bacalah - raihan


Bacalah dengan nama Tuhanmu
Itulah
permulaan ilmu
Seperti yang diwahyukan
Menuntut ilmu satu kewajipan

Ilmu menjadi penyuluh jalan
Dengan ilmu dapat kemuliaan
Ilmu memajukan kehidupan
Ilmu yang baik dapat keberkatan

Sabda Rasul junjungan
Carilah ilmu pengetahuan
Dari dalam buaian
Hingga hari kematian

Tuntutlah ilmu hai teman
Janganlah kita siakan
Untuk masa hadapan
Agama dan bangsa

Bacalah dengan nama Tuhanmu
Itulah permulaan ilmu
Seperti yang diwahyukan
Menuntut ilmu satu kewajipan

Utlubul 'ilma
Walaw fissin
Tuntutlah ilmu
Walau ke negeri China

Utlubul 'ilma
Walaw fissin
Tuntutlah ilmu
Walau ke negeri China

Sabda Rasul junjungan
Cari
lah ilmu pengetahuan
Dari dalam buaian
Hingga hari kematian

Tuntutlah ilmu hai teman
Janganlah kita siakan
Untuk masa hadapan
Agama dan bangsa

Jangan berilmu tanpa amalan
Bagai pohon tanpa buahnya
Ilmu yang berkat membuatkan taqwa
Bermanfaat sesama insan

Utlubul 'ilma
Walaw fissin
Tuntutlah ilmu
Walau ke negeri China

Utlubul 'ilma
Walaw fissin
Tuntutlah ilmu
Walau ke negeri China

Utlubul 'ilma
Walaw fissin
Tuntutlah ilmu
Walau ke negeri China

Utlubul 'ilma
Walaw fissin
Tuntutlah ilmu
Walau ke negeri China

Utlubul 'ilma
Walaw fissin
Tuntutlah ilmu
Walau ke negeri China

Utlubul 'ilma
Walaw fissin
Tuntutlah ilmu
Walau ke negeri China



Khamis, 16 Jun 2011

salam imtihan


Assalamualaikum...

hari itu semakin hampir..hari apa?..hari jadi?..hari kahwin?..mau lagi kunu bunga2 hari apa..terang2 la tajuk salam imtihan..haha..hari yang semakin hampir tu adalah HARI peperiksaan..

semakin hampir hari tu..semakin tinggi gangguan lain datang mengganggu supaya x PAYAH BELAJAR..terutamanya TIDUR dan MAIN GAME..time2 kritikal gni la juga mau bgun lambat..mau main game..


Jadi bila tinggal 2 3 hari lagi mau exam..d sana la baru bingung memikirkan buku yang bertimbun belum habis dibaca dan dihafal..tp nda apa..akan ku cuba lakukan sebaik yang mungkin..

Hanya mencuba tanpa DOA??..TIDDAAKKK!!!...

Hanya doa tanpa USAHA??...TIDDAAKK!!!..

Hanya usaha tanpa TAWAKAL??..TIDDAAKK!!!..

Tawakal tanpa REDHA????????.....

bukan mudah untuk berjaya..dan kejayaan itu tidak akan datang dengan hanya kita berdoa semata2..dan tidak akan datang dengan sendirinya tanpa kita usaha..

semua tu kita lakukan seiring..d samping kita berdoa..kita juga perlu berusaha..dan redha dengan ketentuan-NYA..bukan hanya kerana kita telah berdoa dan berusaha kita sudah rasa cukup untuk berjaya..tapi percaya la..andai sesuatu yang terjadi d luar jangkaan kita setelah kita berusaha dan berdoa..ia pasti ada hikmah d sebaliknya..redha...

di samping itu juga..perhubungan sesama insan juga harus d jaga..jangan menyakiti hati orang lain..

exam sem ni aku ada 9 madah..


18 / 06 / 2011 - Al-quran
22 / 06 / 2011 - BI
25 / 06 / 2011 - usul fiqh
29 / 06 / 2011 - fiqh muqaran
02 / 07 / 2011 - ahwal syahsiah
06 / 07 / 2011 - fiqh syafie
09 / 07 / 2011 - hadis ahkam
11 / 07 /2011 - qaah bahas fiqh syafie
13 / 07 / 2011 - qaah bahas fiqh muqaran

d kesempatan ini aku ingin mohon maaf dengan suma..tersalah kata..apa2 la yang berkaitan..

ku doakan semoga suma yang begelar pelajar dan yang menduduki peperiksaan..x kira la exam apa.. SEMOGA BERJAYA...

~~~SALAM IMTIHAN UNTUK SEMUA~~~




mengenal diri melalui tarikh lahir

1. Pemimpin
2. Lembut
3. Kemas (Cerewet)
4. Rajin
5. Boleh berbincang
6. Angin
7. Patuh
8. Bisnes
9. Glamour


<-------------------------------------------------->


Contoh: 20 05 1981
2 + 0 = 2
Maka kotak pertama adalah 2..


Kemudian campurkan kesemua nombor..
2 + 0 + 0 + 5 + 1 + 9 + 8 + 1 = 26
Kemudian hasil campur yang lebih dari 9 akan dicampur lagi seperti :
2 + 6 = 8
Maka kotak kedua adalah 8..


Selepas itu kotak pertama akan dicampur ngan kotak kedua
2 + 8 = 10
Oleh kerana hasil campur lebih dari 9 maka dicampur lagi
1 + 0 = 1
Maka kotak ketiga ialah 1..

<----------------------------------------------------------->

hasilnya..
2 : Lembut
8: Bisnes
1: Pemimpin

Maka anda sudah cerminkan diri anda mungkin sifat-sifat ini ada dalam diri anda dan mana tahu mungkin suatu hari nanti dengan sifat ini anda akan menjadi seorang yang berguna..

Selasa, 14 Jun 2011

jadilah bunga yang indah


Bunga yang kembang dan cantik itu jarang yang wangi… begitulah juga orang yang cantik; kebanyakannya jarang berbudi.


Apabila si gadis dipuji dengan kata-kata, “kamu ni cantiklah,” maka akan menguntumlah sekuntum senyuman dibibirnya dan berbungalah hatinya. Tersipu-sipulah dia.


Ah… siapa yang tidak seronok bila dikatakan cantik dan menawan? Begitulah resam manusia,

seronok bila dipuji kecewa bila dikeji.


Tetapi lain halnya bagi si mukmin yang merasa dirinya miskin dengan Tuhannya.


Terasa kerdil tatkala berhadapan dengan pujian dan sanjungan manusia.


Wanita yang cantik selalu ditimpa ‘perasan’ kerana sedar dirinya punya kelebihan.


Kata orang, wanita cantik banyak mahunya. Diri rasa bangga, seisi dunia mahu digenggamnya.


Kalau ia seorang gadis dirinya sanggup menjadi tukaran dengan wang yang beribu.


Ada pula yang rela menjadi andartu. Hidup liar bak merpati, senang didekat dan ditangkap lari.


Jika dia seorang isteri yang sedar dan bangga dengan kecantikkannya maka suamilah yang menjadi mangsa.


Si suami selalu melutut dan kalah dengan kehendak dan karenahnya.


Lebih malang jika si suami pula suka akan kecantikan isterinya.


Ia menyayangi isteri atas dasar kecantikannya.


Jadilah laksana Nakhoda


Ke mana diarah di situlah perginya,


alangkah dayusnya dia.Si isteri yang cantik rupawan akan merajuk

dan meragam seandai kemahuannya tidak tercapai, mengugut,

merajuk hendak balik kampung atau minta cerai.



Alangkah indahnya jika si isteri tadi,


kecantikannya digunakan untuk meniup semangat jihad ke lubuk hati mujahidin. Ketahuilah, keutamaan dan nilai diri seorang wanita sama ada cantik atau tidak adalah pada akhlaknya.

Andai dia seorang isteri, ketaatannya pada suami adalah akhlak yang indah.


Wanita yang cantik tetapi tidak berbudi pekerti tinggi,

lebih-lebih lagi isteri yang cantik yang derhaka pada suami adalah ibarat bunga raya.

Cantik warnanya, harumnya tiada.


Sebaliknya wanita yang kurang cantik tetapi berakhlak mulia, taat suaminya,

sentiasa mencari keredhaan-Nya, ibarat bunga cempaka.

Tiada rupa tetapi harumnya memikat jiwa.


Antara bunga raya dan bunga cempaka pastilah cempaka diminati orang.


Kasihan si bunga raya, tidak dijual atau dipakai orang.


Ibarat gadis murahan yang mempertontonkan kecantikan.


Konon nanti ada yang berkenan tetapi tidak sedar diri jadi mainan.


Wanita yang kurang cantik pula jika tidak berakhlak akan meyakitkan hati dan mata.


Ibarat bunga yang tidak cantik tidak pula harum dan wangi.


Maka tiadalah apa-apa tarikan dan keindahan padanya.


Usah bangga dan usah pula risau akan paras rupa untuk merebut kasih sayang manusia.


Tetapi marilah berlumba-lumba untuk menjadi wanita yang bertaqwa dan berakhlak mulia.


Nescaya disayangi Allah serta makhluk-makhluk-Nya.


Seharusnya diri yang dikurniakan Allah dengan nikmat kecantikan sentiasa resah jiwanya.


Bukan kerana takut luput kurniaan itu dari dirinya.


Bukan jua kerana ada yang iri hati dan mahu menganiayai atau menandingi kejelitaannya.


Resah adalah kerana menghitung pahala-pahala yang tinggal akibat pujian dan sanjungan manusia yang bakal menjerumuskan dirinya ke jurang neraka.


Mengira-ngira bagaimana untuk meruntuhkan gunung mazmumah

(sikap negatif) akibat dari kecantikan diri yang dijulang bagaikan mahkota.

Apa lagi jika kecantikan itu hidangan setiap insan, cantik indah tetapi hina terdedah.

Menjadi mainan nafsu dan syaitan.


Bersyukur dengan segala nikmat Tuhan. Baik buruk,

cantik hodoh itu adalah pemberi-Nya.


Yang berwajah cantik atau hodoh sama-sama perlukan persediaan.


Akan tiba saatnya jua di mana yang berwajah cantik indah dikerumuni oleh cacing

dan ditimbusi tanah di liang lahad yang gelap lagi sunyi.


Tatkala itu bersandinglah manusia dengan kematian.


Apakah baru di kala itu mahu diucapkan nikmat iman dan Islam itulah sebesar-besar pemberian Tuhan? Baru sanggup berjuang, berkorban apa saja demi mendapatkannya?



Sebelum segala-galanya terlewat sama-samalah kita mendaki anak-anak tangga menuju ke puncak taubat.

Asal manusia adalah dari setitis mani yang hina. Sehina itulah pula dirimu wahai wanita.


Kenangilah nasib diri di hari penghisaban. Segala pinjaman Tuhan itu,

untuk apa digunakan.


Lunakkan hati, tenangkan perasaan. Lihatlah ke seluruh penjuru alam.


Di mana saja mata menjurus di sana ada tanda keagungan Tuhan.


Dongakkan kepala ke langit biru, tundukkan wajah ke bumi yang hijau.


Saksikanlah kilauan mentari, percikan cahaya bulan dan bintang.


Langit yang dijadikan-Nya tidak bertiang, gunung-ganang tidak berpancang.


Usah terlena dibuai keindahan, sesungguhnya pada segalanya itu terkandung pengajaran.