Selasa, 1 Jun 2010

~~~keju~~

assalamualaikum..:)

keju?..cheese?...knp mo crita pasal keju plak ni?..teda la..saja ja mo crita psal keju..sbb..ni adalah salah satu drpada pebret aku..dlm brapa hari ni mmg aku x dpat mo kontrol perasaan aku mkn cheese..haha..brapa hari ni susu,keju ma roti mnjd santapan aku..ini kali la..btul2 la ni jd drum..hahaha..pas tu tiba2 terfikir mo cari ttg khasiat keju..jd sapa2 yg mo baca ttg khasiat keju...ni la dia..>>>>>>

keju ni berasal daripada susu menjadikan keju sumber penting membekalkan karbohidrat, kalsium, protein, lemak, vitamin dan mineral. Walaupun selalunya bagi mereka yang berdiet, keju menjadi menu yang perlu dijauhi, namun dengan segala khasiat yang disediakan keju, pakar pemakanan mengakui keju boleh diambil tetapi dalam kuantiti yang sederhana.

Pakar Dietetik dari California, Prof. Grace Lellment memberitahu sama seperti susu, golongan kanak-kanak adalah mereka yang mendapat khasiat besar daripada keju.

Sebagai contoh katanya, keju keras seperti chedar, setiap 100 gramnya membekalkan 36 peratus protein, 80 peratus kalsium, 34 peratus lemak dari jumlah keperluan gizi yang dicadangkan untuk sehari.

“Keju adalah satu lagi produk susu tetapi hadir dalam bentuk pejal. Tidak semua kanak-kanak sukakan susu, tetapi ramai yang tertipu apabila diberikan keju.

“Keju membantu ibu bapa membekalkan khasiat yang terkandung dalam susu untuk anak-anak mereka,” kata Lellment.

Namun, katanya, mungkin ramai yang tidak mengetahui khasiat yang disediakan keju sebenarnya jauh lebih tinggi daripada susu. Kandungan protein misal, 100 gram keju rata-rata mengandung 22.8 gram protein, sedangkan susu segar hanya 3.2 per 100 gram. Begitu juga dengan kandungan kalsium, keju mengandungi 777 miligram (mg) tetapi susu segar hanya sekitar 143 mg setiap 100 gram berat bahan.

Beberapa hasil kajian mendapati keju dapat mengurangkan gejala sindrom pra menstruasi dan memperkuat tulang. Kandungan pelbagai mineral yang tinggi pada keju sangat baik untuk melindungi gigi daripada karies.

Malah, terdapat beberapa kajian yang diutarakan oleh pakar pemakanan, keju yang berbeza menyediakan fungsi atau manfaat pada tubuh yang juga berbeza.

Keju mozzarella contohnya, mempunyai tekstur yang lebih lembut berbanding keju jenis lain. Ramai yang biasanya memilih mozzarella untuk menurunkan berat badan sedangkan keju jenis ini lebih baik untuk pembentukan otot.

Keju kotej pula agak lembik dan berwarna keputihan. Tetapi dengan pelbagai zat yang baik untuk ereksi tubuh, pakar pemakanan menyatakan keju kotej baik untuk meningkat hubungan seks.

Keju chedar atau keju pejal mempunyai kandungan lemak yang agak tinggi. Selain menguatkan tulang, dan menyediakan sumber vitamin, keju jenis ini disimpulkan baik untuk tenaga.

Lantaran khasiat dan keenakan itulah, walaupun keju sebenarnya berasal dari Timur Tengah, masyarakat Barat adalah antara yang paling tinggi menikmati keju.

Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Organisasi Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, rakyat Denmark, Greece dan Perancis adalah antara penggemar keju apabila secara purata setiap seorang penduduknya menikmati 28 kilogram, 25 kilogram dan 24 kilogram keju setahun.

Walaupun begitu, bagi mereka yang alah dengan laktosa, selain penderita sakit ginjal, jantung dan hati, pakar pemakanan menganjurkan pengambilan keju perlulah dihadkan. Ini kerana keju juga mengandungi garam dan lemak yang agak tinggi.


2 ulasan: